Kini kembali dalam perbincangan netizen, pelakon Janna Nick dikritik lagi ketika dia berkongsi gambar yang memaparkan dirinya memegang kekasihnya, Dini Azan Schatzmann di pangkuannya.
Foto itu dikongsi oleh Janna menerusi catatan di Instagram sempena berakhirnya siri drama Marry Me Senorita di TV, beberapa hari yang lalu. Seperti yang dijangkakan, foto tersebut ternyata mengundang komen dari netizen di mana rata-rata orang berpendapat bahawa Janna tidak boleh bertindak seperti itu kerana mereka berdua masih belum mempunyai ikatan yang sah. 

Ada juga yang memberi pendapat bahawa gambar seperti itu tidak patut dikongsi kerana kurang sesuai dan tidak manis berikutan Janna yang memakai hijab pada ketika itu.


Namun selepas beberapa ketika, Janna dilihat telah menutup ruangan komen foto tersebut mungkin kerana tidak tahan dengan kecaman yang dilemparkan netizen.

Post a Comment

Previous Post Next Post