Seorang ibu dan ayah tiri tergamak mengorbankan anak berusia 3 tahun dalam ritual pemujaan syaitan. Menurut laporan astro awani, kejadian itu berlaku di Quitilipi, Argentina dan mangsa ditikam dengan beberapa jarum di dadanya, dekat jantung dan paru-parunya.

Maia Vallejos, kanak-kanak berusia 3 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika di hospital akibat jangkitan dalam beberapa organ, sekaligus menyebabkan serangan jantung.

Semasa proses bedah siasat, jarum 10 sentimeter yang biasanya digunakan untuk menjahit kasut ditemui di jantung kanak-kanak. Bukan itu sahaja, jarum lama lain yang dimasukkan ke dalam tubuhnya dikatakan penyebab jangkitan. 
Polis berjaya menangkap ibu kandung mangsa berusia 20 tahun itu bersama-sama dengan bapa tiri mangsa berumur 19 tahun ketika mereka cuba melarikan diri dari tempat mereka diami di pinggir sebuah perkampungan.

Daripada hasil siasatan polis, mereka mendapati bahawa motif pembunuhan anak itu berkaitan dengan kegiatan ritual kultus keagamaan. Pihak pendakwaan juga dilaporkan mendedahkan bahawa mangsa menderita radang di paru-paru dan ginjal yang menjadi penyebab serangan jantungnya.

Sumber LobakMerah

Post a Comment

Previous Post Next Post