Petaling Jaya – Usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, dipercayai membuat siaran langsung menerusi akaun Instagramnya awal pagi semalam.

Individu dipercayai Sajat itu mendakwa dirinya berada dalam keadaan baik, namun tidak menunjukkan wajahnya kepada pengikut yang mencecah 2,000 orang.

Menerusi siaran langsung itu, usahawan tersebut menjawab me­ngenai empat perkara iaitu berkaitan isu murtad, bersem­bunyi daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis serta pernikahan bekas teman rapatnya yang dikenali sebagai Coach Yin baru-baru ini.

“Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan),” katanya sambil menafikan dirinya keluar Islam.

Menerusi siaran langsung sama, Sajat turut menafikan dia bersembunyi selepas dikenakan waran tangkap kerana gagal ha­dir sebutan kes di mahkamah pada bulan lalu.

“Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!,” katanya.

Sajat juga berkata, pihak berkuasa tidak mencarinya, malah yakin polis mempunyai kes atau urusan lain yang lebih penting berbanding dirinya.

Usahawan itu turut bertindak menyekat beberapa individu yang lantang bersuara semasa sia­ran tersebut berlangsung.

Itu merupakan kemunculan pertama Sajat secara langsung di Instagram sejak dikesan JAIS. – Kosmo Online

Post a Comment

Previous Post Next Post