Baru-baru ini, sebuah kisah memilukan tersebar di seluruh dunia mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang diabaikan di sebuah rumah yang dipenuhi dengan "kotoran" oleh ibu kandungnya. Anak berusia 6 tahun itu ditinggalkan dengan 19 kucing, menurut laporan Daily Star, dan dilaporkan kanak-kanak itu memakan makanan kucing untuk bertahan hidup.

Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa tetapi ditemui dalam keadaan menyedihkan di sebuah pangsapuri yang sangat kotor dan menjijikkan yang terletak dan dipenuhi sampah dan kotoran di Taldom, Rusia.
Lebih menyedihkan lagi, dia hanya boleh merangkak dan tidak dapat bercakap, tetapi hanya akan bertindak balas apabila dipanggil seperti kucing, "kitty kitty". Menurut polis, dipercayai bahawa anak malang itu ditinggalkan oleh ibunya yang berusia 34 tahun dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Alexander, sebelum ibunya meninggalkan rumah 5-6 hari sebelumnya.

Jurucakap polis, Tatiana Petrova memberitahu bahawa sewaktu pihak polis sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan, mereka terserempak dengan lelaki yang terus melarikan diri ketakutan. 

"Pegawai polis dari unit rondaan mengesan seorang lelaki  yang mencurigakan, apabila terserempak dia cuba menyembunyikan diri dan memasuki sebuah rumah yang terletak di Jalan Saltykov-Shchedrin." 

“Polis mengekorinya kemudian menemui tiga individu termasuk kanak-kanak malang berkenaan,” katanya.
Ibu kepada kanak-kanak itu yang bernama Alprika telah pun ditahan oleh pihak polis atas dakwaan pengabaian kanak-kanak.

Difahamkan lagi, buat masa ini kanak-kanak itu telah dihantar ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut. Kes tersebut kini masih dalam siasatan Jawatankuasa Penyiasatan Rusia.

Sumber: Daily Star (Will Stewart & Tom Towers)

Post a Comment

Previous Post Next Post