Baru sahaja mendirikan perkahwinan seminggu yang lalu, pasangan pengantin baru iaitu Nur Risteena Munim dan Isa Khan turut menerima tempias kritikan yang sama.
Dalam beberapa hari ini, pasangan itu ada berkongsi beberapa foto dan video di Instagram masing-masing di mana mereka kelihatan sedang bercuti di Semporna, Sabah.
Disebabkan peraturan yang mengatakan bahawa rakyat perlu mendapatkan kebenaran untuk merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan, ramai yang mempersoal sebab pasangan selebriti itu ke sana.
Malah ada yang menegur Risteena dan Isa Khan yang dilihat tidak mengenakan pelitup muka walaupun di dalam beberapa keping foto yang dimuat naik.
Rata-rata netizen sepertinya mahukan penjelasan daripada pasangan pengantin baru ini apabila mereka dengan mudahnya boleh merentas negeri meskipun tidak dibolehkan sepatutnya mengikut arahan kerajaan kini.
Kredit: Twitter, Ohmedia
Post a Comment