Tiada angin tiada ribut, peminat Elizabeth Tan dikejutkan dengan beberapa foto perkahwinan yang pada asalnya dimuat naik di laman Facebook milik ayahnya viral.

Penuh dengan persoalan, akhirnya Elizabeth Tan ataupun lebih mesra dipanggil Lizzy mengesahkan bahawa dia sudah pun bergelar isteri kepada ahli perniagaan bernama Siew Jim dalam satu majlis ringkas.

Tidak berkongsi berita gembira itu pada media, peminat dan orang awam, penyanyi dan pelakon itu memohon maaf dan menganggap bahawa ia adalah perkara yang kecil sahaja.
“Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja.”

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media. Pada saya keputusan untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Saya masih Lizzy yang sama dan saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan saya.”

SUMBER : Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post