Hafiz Hamidun telah memberi respon terhadap situasi tersebut, beliau meminta maaf melalui laporan dari Utusan Malaysia, jika ada yang menyangka komennya itu negatif. Dia menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk memperlekehkan persembahan Nabila Razali.
"Tiada niat untuk merendah-rendahkan Nabila dan pasukan lagu itu. Jujurnya saya adalah di antara peminat lagu Peluang Kedua.
Bagaimanapun saya meminta maaf sekiranya ada yang terkesan dengan Tweet yang dimuatnaik oleh saya."
Ujarnya, dia juga harus memadam twwet itu kerana dia tidak akan senang hati jika hal itu terus dibesar-besarkan. Tanpa disangka, ini akan menjadi masalah lebih teruk. Dia menjelaskan bahawa dia hanya berkongsi pandangan peribadinya sebagai penonton dan peminat lagu tersebut.
"Tetapi sebagai rakan artis saya tidak pernah mahu memperlekehkan mana-mana pihak.
Malah sehingga hari ini saya tidak akan terlepas untuk memberi sokongan kepada Nabila sendiri. Apa pun saya sekali lagi meminta maaf.
Melihat semangat yang ditunjukkan Nabila menyanyikan lagu itu sehingga habis, saya akui bukan mudah. Memang sesuatu yang perlu dihargai."
Sumber Utusan Malaysia
Post a Comment