Ryzal dan Mariam adalah selebriti media sosial terkenal di Malaysia. Mereka terkenal di kalangan pengguna Instagram kerana video mereka yang muncul bersahaja dengan gelagat lucu antara suami dan isteri.

Maryam Younarae dan Ryzal sering menarik perhatian netizen. Mereka baru-baru ini muncul dalam program hiburan bernama Lancaang Bethol yang dikeluarkan oleh Astro. 

Walaupun banyak orang senang dengan gelagat suami isteri itu, tentu juga ada orang yang kurang selesa apabila melihat kedua budaya itu bertembung dan berbeza dengan norma masyarakat setempat.
Semasa program berlangsung Maryam telah menjawab komen-komen nakal dari netizen yang berada di rancangan tersebut dan mengakui bahawa dia masih belajar bagaimana menjadi Muslim yang baik dan sempurna, seperti memakai jilbab.

Dia menambah bahawa dalam soal pemakanan, dia masih belajar untuk mengubah dan menyesuaikan diri dengan hal-hal baru, seperti makan daging babi adalah haram dalam agama Islam. 

“Misalnya, sebagai orang korea, kami sentiasa makan daging khinzir. Semua makanan Korea ada daging khinzir tapi saya perlu berhenti dan tak boleh makan daging khinzir lagi. Ibaratnya setiap hari kamu makan ayam, tiba-tiba kamu sudah tak boleh makan ayam lagi. Macam mana? Sangat susah. Biarkan saya belajar satu persatu, Manusia tidak sempurna.” ujar Maryam. 

Bagi Ryzal atau nama sebenarnya Nick Mohamed Rezal Nick Ibrahim, dia tidak memaksa isterinya untuk menukar pakaian atau pun berubah sebaik sahaja berkahwin.

Saya tak kisah dia nak pakai atau tidak saya tak suka memaksa. Itu bukan saya dan dia takkan kahwin dengan saya. Sebab bila mualaf bila nak tekankan dia, kita tak boleh paksa.” Ujar Ryzal.

Sumber Astro Gempak

Post a Comment

Previous Post Next Post