Satu lagi kes serangan seksual dilaporkan hari ini dan lebih mengejutkan apabila tertuduh adalah sekumpulan pelajar senior di sebuah institusi swasta di Kuala Nerus, Terengganu.

Berjumlah lima pelajar senior turut mengaku bersalah diatas kesalah melakukan amang seksual fizikal. Malah, mereka juga turut mengaku telah bersubahat melakukan perbuatan itu kepada empat orang pelajar junior yang berusia antara 12 dan 13 tahun.

Malah, tiga tertuduh lain yang berumur antara 14 hingga 16 tahun juga didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dalam subahat dan kerjasama dalam melakukan jenayah.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan itu antara Ogos 2020 hingga Januari lalu di institusi berkenaan di daerah Kuala Nerus.

Bagi kesalahan mengikut AKSTK 2017, semua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sumber ohmedia

Post a Comment

Previous Post Next Post