Lelaki berusia 21 tahun dan pasangannya, 19, ditahan pada awal pagi hari Selasa 16 Mac 2021. Semasa serbuan, lelaki itu hanya memakai selimut sementara pasangannya bersembunyi di dalam almari.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat daripada orang awam sebelum melakukan serbuan itu pada jam 2.45 pagi.
Sepasukan anggota penguat kuasa JAIK dikerahkan ke lokasi dan terpaksa memecahkan pintu bilik selepas mereka enggan memberikan kerjasama.
Pemeriksaan mendapati pasangan itu bukan suami isteri dan wanita itu masih belum berkahwin dan tinggal di Perlis.
Wanita itu memberikan alasan yang dia hanya menumpang sementara di rumah pasangannya kerana mempunyai urusan untuk mendaftar kursus perkahwinan mereka di Pokok Sena, Selasa.
Namun, alasan tidak masuk akal itu tidak diterima dan mereka ditahan dan dibawa ke pejabat agama untuk memberi keterangan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan dari keluarga mereka
Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. Jika sabit kesalahan, pasangna itu boleh dihukum dua tahun penjara atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment