Elizabeth Tan menafikan dakwaan bahawa memuat naik gambar seksi yang kerap menyebabkan komen berunsur lucah nakal menerusi laporan temubual Harian Metro. Dia mengatakan bahawa dia tidak mempunyai hak untuk mengawal atau menghukum komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya.
"Kalau betul gambar saya lucah, sudah lama akaun media sosial saya kena sekat sebab peraturan Instagram atau Facebook memang tiada ruang untuk kandungan lucah." ujar Elizabeth Tan.
"Siapa gelarkan saya sebagai simbol seks? Kenapa saya tak dilihat sebagai individu yang memperkasakan kaum wanita. Di mana saya boleh buat apa apa yang saya pilih dengan badan saya sendiri?
Kalau orang lain yang berfikiran sedemikian, adakah itu salah saya? Saya berasa tak adil apabila pihak lelaki yang selalu menetapkan apa yang ‘elok’ atau ‘tak elok’ secara subjektif dengan nilai yang tak konsisten." katanya lagi.
Penyanyi ini juga mempersoalkan adakah dirinya bersalah jika orang lain yang berfikiran liar sedemikian.
Mengenai posting melipat kaki yang dia lakukan dan posting dalm sosial media baru-baru ini, Elizabeth menegaskan postingan yang dimuat naik itu langsung tidak memaparkan dirinya dalam keadaan tidak senonoh.
"Apa keterlaluannya? Dalam video itu saya pakai baju lengan panjang, seluar panjang, tak tunjuk apa-apa pun, cuma tunjuk satu aksi yang saya rasa kelakar dan yang tak semua orang boleh buat."
"Kalau kandungan saya keterlaluan untuk sesiapa, mungkin saya boleh bagi nasihat untuk tidak mengikuti atau menyekat akaun saya. Saya berasa tidak adil untuk menggelarkan saya sebagai ‘ objek nafsu’.
Memang saya percaya yang wanita melambangkan keindahan dan kekuatan, dan untuk saya keindahan dan kekuatan bermaksud saya berhak untuk memilih dan buat keputusan apa-apa sebagai seorang wanita berdikari yang diperkasakan dalam semua aspek hidup saya."
Ujar Elizabeth lagi, sekiranya pengikut merasakan kandungan yang dimuat naik keterlaluan, mereka boleh unfollow atau menyekat akaun untuk tidak melihatnya.
SUMBER : Harian Metro
Post a Comment