Boleh dikatakan bahawa kebanyakan pengguna Tik Tok adalah dari semua peringkat umur seperti kanak-kanak dan remaja. Secara tidak langsung, Tiktok adalah sebab mengapa generasi remaja sekarang gemar 'bergolek'. Buktinya, di laman sosial seperti facebook dan Instagram kini dibanjiri pelbagai jenis video yang dimuat naik menggunakan aplikasi untuk dikongsi kepada orang ramai.
Jadi tidak hairanlah kanak-kanak mudah mengikut apa yang mereka lihat di TikTok.
Baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang merakam dirinya bergelek untuk video di TikTok ketika ayahnya berjalan masuk ke dalam rumah.
Sebaik saja dia melihat aksi anaknya itu, lelaki itu terus menendang punggung kanak-kanak perempuan itu sambil memarahinya.
Tindakan lelaki itu juga telah menerima pelbagai reaksi dari netizen di media sosial. Rata-ratanya bersetuju bahawa ibu bapa seharusnya tegas dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dalam budaya tidak berfaedah seperti TikTok.
Sumber Ohmedia
Post a Comment