KONTROVERSI perkahwinan Serina Redzuawan dengan pegawai polis bernama Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin memasuki episod baharu apabila suami kepada aktres itu tampil membuka mulut mengenai situasi sebenar.
Biarpun mengakui berkahwin dengan aktres tersebut ketika masih bergelar suami orang, namun Aidid menafikan dakwaan bahawa Serina menjadi punca perceraiannya dengan bekas isteri Nur Hamizah Shaffee, 34.
Sebaliknya, kata Aidid hubungan perkahwinan yang dibina dengan wanita itu sudah lama retak menunggu belah dan dia juga sudah tawar hati dengan bekas isterinya itu.
“Hubungan saya dan dia (Nur Hamizah) sudah bertahun lama bermasalah dan h4mbar. Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina bulan Februari lalu.
“Tapi Serina bukan punca kami berantakan. Benar ketika berkahwin kali kedua, dia masih isteri saya. Itu fakta yang saya tak boleh nafikan. Lagipun pada masa sama proses tuntutan cer4i di mahkamah memakan masa.
“Kami hanya bercerai secara sah pada 9 Mac lalu. Kini hanya Serina isteri saya, tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu itu,” kata Aidid menerusi satu kenyataan kepada media pada Isnin.
Menerusi laporan eksklusif mStar pada Ahad, Hamizah mend4kwa dia adalah isteri kepada Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.
Menurut Hamizah, dia diceraikan Aidid, dipercayai seorang pegawai kanan p0lis berpangkat Inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat p0lis Kontinjen (IPK) pada 9 Mac lalu.
Pada Isnin, Ketua polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata polis sudah membuka kertas siasatan yang diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan Aidid sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen polis (IPK) Perlis.
Berikutan isu tersebut, Aidid memberitahu dia sudah bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak polis berhubung dakwaan dia berkahwin kali kedua tanpa kebenaran.
“Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran. Saya sedia bertanggungjawab!” ujarnya.
Sementara itu, Aidid juga berkata dia berasa kecewa dan ralat dengan dakwaan bekas isteri pertamanya mengenai hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.
“Kami menjalinkan hubungan rumah tangga secara jarak jauh atas tuntutan kerja. Namun itu bukan alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab.
“Selain rumah tangga bermasalah, perkahwinan saya dan dia juga ada campur tangan keluarganya. Hati suami mana yang boleh tahan sabar apabila isteri tidak menghormatinya.
“Balik jenguk saya pun susah. Berbulan-bulan saya terbiar tanpa dipedulikan perasaan dan kebajikan diri. Makan pakai saya pun tak terjaga. Ibu bapa dan kawan saya jadi saksi hidup ini macam orang bujang,” katanya.
Pada Jumaat lalu, Serina, 38, menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan sudah bernikah dengan Aidid, 34, namun pengumuman tersebut mengejutkan bapanya, Chef Wan yang tidak mengetahui perkara itu.
Untuk rekod, Hamizah yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak mendirikan rumah tangga dengan Aidid pada 8 Ogos 2015 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai tal4k satu di mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saya, 10 tahun.
Sumber SoyaLemon

Post a Comment