Lana kini juga semakin aktif dalam dunia lakonan setelah agak lama menyepi kerana memilih untuk menguruskan anak-anak dan suami.
Selalunya terlibat dengan kontroversi seksi dan banyak lagi, Lana sekali lagi menarik perhatian netizen ketika dia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang cukup sensitif, terutama pada lelaki yang melayu.
Menerusi sebuah temubual program Borak Kelamin yang ditayangkan di saluran Astro Ria baru-baru ini, Lana mengatakan bahawa lelaki ‘mat saleh’ lebih hebat berbanding lelaki melayu.
"Lelaki ‘mat salleh’ always power! Lelaki melayu khatam romantik dia tak sekhatam lelaki mat salleh la. Lelaki melayu kan dia propa lebih..depan lain bila kahwin lain.” ujar Lana ketika ditemubual dalam program tersebut sambil diperhatikan suami di sisi.
Selain Lana, tetamu undangan yang turut menghadiri rancangan bual bicara tersebut adalah peguam sivil dan syarie, Ashikin Rahim yang tampil membincangkan isu lelaki asing yang memandang ringan isu memeluk Islam hanya kerana mereka ingin mengahwini wanita Islam.
Terdahulu, Lana Nodin dan David McKienzie atau nama islamnya Mohd Daud Mckienzie telah selamat bernikah pada 15 Mei 2015 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Gia Quinn McKienzie,5, dan William Daud Mckienzie yang kini berusia dua tahun.
SUMBER : Astro Gempak, Beautifulnara
Post a Comment