Pelakon berbakat, Mimi Lana tampil memberi sedikit pendapat mengenai isu sesetengah pelakon baru yang didakwa tidak profesional dan sombong ketika berada di set penggambaran dan enggan bergaul dengan pelakon senior.

Ujar Mimi, isu disiplin dan etika ketika bekerja di set tidak seharusnya ditujukan kepada pelakon baharu sahaja.

Menerusi beberapa untaian twit di laman media sosial Twitter miliknya, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin ini berkata bahawa pelakon tidak kiralah yang baru ataupun senior adalah sama sahaja dan setiap orang haruslah menjaga perangai dan menjadi contoh yang baik ketika bekerja.
Tambah Mimi lagi, bergelar pelakon senior bukanlah ‘tiket’ untuk mereka tampil lewat di set penggambaran serta bersikap sombong dan merasakan diri sentiasa betul.

Terdahulu, beberapa pelakon dan pengarah senior seperti Rusdi Ramli dan Isma Yusoof telah tampil memberi kritikan mengenai sikap pendatang baru dalam industri lakonan tempatan yang didakwa sombong dan mempunyai masalah disiplin.

SUMBER : Twitter Mimi Lana, Beautifulnara 

Post a Comment

Previous Post Next Post