Pasangan Ernie Zakri dan Syamel sah bergelar suami isteri pada 26 Mac lalu dan sehingga ke hari ini mereka masih menjadi tumpuan peminat. Ramai yang suka melihat pasangan ini yang dikatakan humble dan tak menunjuk-nunjuk kemesraan di media sosial.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini di mana mereka berdua ‘kantoi’ bermanja berdua di set pengambaran. Menerusi video itu, Syamel dilihat sedang terbaring mengiring di sebuah kerusi kayu panjang sementara Ernie duduk dan bersandar pada suaminya itu.

Ketika kamera menghampiri, mereka berdua dilihat sedang bergurau dan tertawa kecil. Kata netizen, happiness Ernie dan Syamel ni memang tak dibuat-buat meskipun tidak selalu dilihat di khalayak ramai.


"Haa bercinta! Bercinta! Bercinta dekat set, bukan main sekarang.”

Selepas ‘disergah’, pasangan itu tersipu malu namun netizen akui menonton video tersebut berkali-kali kerana suka melihat kemesraan dan kecomelan mereka. Ada yang komen dalam video tu reaksi Ernie dan Syamel dah macam pelajar kantoi dating di sekolah.
Sumber Asal LobakMerah

Post a Comment

Previous Post Next Post