Salah satu pengorbanan seorang isteri untuk suami sudah semestinya melahirkan cahaya mata mereka bersama-sama.
Namun tak semua suami yang sanggup berhadapan dengan situasi si isteri ketika berada dalam dewan bersalin dan perkara itu turut berlaku terhadap pelakon Nad Zainal.
Menerusi posting terbaharu Nad di laman Instagram miliknya, beliau ada kongsikan satu video pendek memperlihatkan suaminya iaitu Muhammad Faliq Amiruddin yang menahan rasa gementar sewaktu menemani Nad di dalam dewan bersalin.
Faliq dilihat seperti tidak senang duduk semasa Nad sedang bertarung melahirkan anak kedua mereka yang diberi nama Budi Kalsom.
Lebih menarik lagi apabila ramai turut terhibur melihat aksi Nad seperti sedang menenangkan Faliq yang sedang keresahan dan dalam masa yang sama kongsikan pengalaman mereka melahirkan cahaya mata.
Sumber foto dan video: Instagram Nad Zainal

Post a Comment