Kematian boleh terjadi bila-bila masa dan di mana sahaja. Ia merupakan suatu kepastian dari Tuhan yang akan dialami oleh setiap orang.
Begitulah seperti kejadian tidak disangka yang berlaku di negara jiran, Thailand ini.
Baru-baru ini, negara Thailand dikejutkan dengan berita seorang wanita dilaporkan maut ketika sedang membuat ‘live’ memasak.
Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shinta, wanita Thailand tersebut kelihatan gembira saat berkongsi resepi masakannya dengan para penonton.
Bagaimanapun, di pertengahan video wanita itu tiba-tiba jatuh terlungkup dan rebah ke lantai sambil kakinya dilihat terketar-ketar seperti kekejangan atau terkena strok.
Tidak lama kemudian, salah seorang ahli keluarganya menyedari kejadian tersebut dan menarik badan wanita itu serta menutup siaran berkenaan.
Namun, video ‘live’ tersebut telah menjadi tular di serata media sosial. Malah, kisahnya itu telah mendapat liputan media di Thailand dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan lagi, menerusi laporan portal Stickboy Bangkok, wanita berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Cik Pimporn dan telah lama menderita penyakit kelainan jantung.
Punca kematiannya dipercayai akibat serangan jantung.
Sumber: StickBoy Bangkok, TikTok Shinta, BorakDaily
Post a Comment