Biasanya di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar, mereka sering tertanya-tanya tentang keadaan di sekitar mereka. Ini juga disertakan dengan setiap perkara yang mereka dengar dari percakapan orang yang lebih tua. Itulah sebabnya, ibu bapa diarahkan untuk tidak mengucapkan kata-kata negatif ketika berada di hadapan anak-anak.

Namun, ketika mereka berada di sekolah dalam proses mempelajari subjek Sains atau mendengar berita mengenai kes rogol di kaca TV, mereka tidak tahu lebih banyak mengenai istilah perkataan tersebut. Bukan hanya kanak-kanak yang sudah bersekolah, tetapi juga kanak-kanak kecil Apa yang anda mahu jawab?


Jawapan:

Min kata, “Air mani adalah dari ayah dan akan masuk ke dalam rahim ibu. Proses masukkan air mani tu dipanggil bersetubuh.Anak nampak terkelip-kelip wajahnya.”

Lepas tu, min tanya dia, “Apa yang Hazim faham tentang bersetubuh?”

Perlu juga kita tanya. Sebab nak explore sejauh mana yang dia faham dan tahu. Lagipun, masa darjah 2 dah belajar dalam subjek Feqah. Cuma sejauh mana kefahaman dia, itu yang kita nak check.

Hazim jawab, “Tahlah, hazim pun tak faham. Tapi ustaz kata hubungan suami isteri. Tapi hazim pun tak faham hubungan macamana.”

Untuk explain bersetubuh tu, kita boleh explain dengan mudah. Katakan :

“Bersetubuh ni, ia seperti pen yang dimasukkan ke dalam sarung macam ni. Maknanya masukkan ZAKAR ke dalam FARAJ.”
Okay…nampak anak masih blur-blur. Min tambah,“Bersetubuh ini ada 3 keadaan :

1. BERKAHWIN

2. ZINA

3. ROGOL



Bersetubuh ini hanya HALAL bagi orang yang dah berkahwin. Bagi suami isteri. Macam ibu dan abah. Ia menjadi ibadah dalam Islam. Dalam lingkungan tanggungjawab. Dapat pahala. ZINA adalah proses bersetubuh yang dilakukan bagi pasangan yang BELUM BERKAHWIN. Dalam Islam, ianya HARAM.

Kalau dalam HUKUM ISLAM, HUKUMAN orang BERZINA bagi orang dah berkahwin REJAM SAMPAI MATI manakala yang belum berkahwin DISEBAT di khalayak ramai. Dahsyatkan. Kalau Allah turunkan hukuman seberat ini, maknanya mesti besar dosanya ini. Mudharat ni pun besar pada masyarakat kalau dibiarkan.

ROGOL pula adalah tingkahlaku JENAYAH yang membolehkan si pelaku ini ditangkap POLIS. ROGOL dilakukan secara paksa dengan orang lain atau orang bawah umur. Kalau dalam Akta Jenayah Kanun Keseksaan Seksyen 371. Rogol ialah apabila zakar lelaki dimasukkan ke dalam faraj wanita secara paksa. Ia adalah salah dari segi undang-undang.



Perkataan ROGOL yang selalu keluar kat berita, suratkhabar tu bermaksud kesalahan undang-undang atau tingkahlaku salah jenayah berat yang polis boleh tangkap pesalah tu.” Kemudian, explainlah tentang BATASAN PERGAULAN DALAM ISLAM, HIKMAH PERKAHWINAN DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG LELAKI, SUAMI DAN ISTERI SECARA SANTAI. Supaya anak nampak isu ini berat dan penuh tanggungjawab.

Nampak anak tu mcm terpinga-pinga. Tapi, dia kata tak berapa faham. InsyaAllah, anak ok kot. Sebab dia dah tak tanya dah. Maybe puas dengan explanation min. Fasa explain ini, bukanlah untuk bagi dia faham sefahamnya. Cukuplah sekadar persoalannya terjawab dan sampai dia dah takde soalan nak tanya. Kefahaman tu, insyaAllah akan datang perlahan-lahan. Dan paling penting, kalau datang pun isu-isu sensitif yang lain, dia tahu kat sapa dia nak tanya dan dia tak takut untuk bertanya.

KESIMPULANNYA

Bila anak bertanya, bermakna anak sudah sedia nak tahu. Syaratnya, kita sampaikan, rileks dan jujur. Masukkan element Hukuman, Batasan, Tanggungjawab untuk menunjukkan ini adalah PERKARA SERIUS. Anda dapat sesuatu tak dari posting ini?

Sumber: Ibu Rose- Mesejnya Kasih

Post a Comment

Previous Post Next Post