Nama Uncle Roger tentunya tidak asing bagi penggemar makanan. Nampaknya ramai juga yang mengetahui Uncle Roger setelah video reaksi bagaimana memasak nasi goreng yang disiarkan oleh BBC Food yang menjadi viral tahun lalu. Dia juga sering menekankan penggunaan MSG untuk menambah rasa hidangan. 

Namun kali ini, Uncle Roger kembali ke Malaysia dan lebih istimewanya lagi, dia telah pergi ke restoran chef terkenal di Malaysia iaitu Chef Wan. 


Menerusi YouTube Channel mrnigelng, Nigel Ng yang membawa watak Uncle Roger telah bertemu dengan Chef Wan untuk mencuba beberapa menu terkenal di Cafe Chef Wan.

Dalam video berdurasi 17 minit itu, Uncle Roger juga dibawa untuk lawatan atau 'tour' restoran oleh Chef Wan di sekitar restorannya. Di samping itu, antara menu istimewa yang dicuba oleh Uncle Roger adalah Seafood Chowder, pasta, Caeser Salad, Spanish Paella dan satay.

Ketika ditanya sama ada Chef Wan menggunakan monosodium glutamat (MSG) dalam masakannya, ini adalah jawapannya yang kukuh. 

"Saya tidak akan menggunakan MSG dalam masakan saya,” kata tukang masak popular berusia 63 tahun itu. 

Oleh kerana Uncle Roger berpendapat bahawa semua menu makanan yang dia cuba hanya bagi komen 'not bad' , Chef Wan memutuskan untuk menunjukkan cara memasak hidangan tradisional, kerutup. 

Rata-rata netizen juga terhibur dengan video Uncle Roger kali ini. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih kurang 1.6 juta kali di YouTube dan telah mendapat hampir 10 ribu komen (ketika artikel ini ditulis).

Video boleh lihat di bawah. 


Untuk pengetahuan semua, Uncle Roger atau nama sebenarnya, Nigel Ng yang berusia 29 tahun ini merupakan seorang comedian dan watak Uncle Roger itu adalah rekaan semata-mata, lapor South China Morning Post.

Sumber LobakMerah

Post a Comment

Previous Post Next Post