Melihat ruang Instagram pelakon itu, kini tidak ada foto suaminya dan timbul juga persoalan adakah Fiza tidak lagi bersama Aizat Al-Jefri (suami).
Foto kontroversi itu dimuat naik oleh Fiza sendiri ke laman Instagramnya, di mana dia dilihat duduk berdekatan, berlaga bahu berdampingan dan berpegangan tangan dengan Saiful Apek.
"My forever couple seat..sifu Saiful Apek. Jangan hampakan hasrat pengurus kita.” ujarnya menerusi kapsyen.
Melihat dalam bahagian komen, rata-rata peminat sepertinya mengecam tindakan Fiza, yang dianggap tidak manis kerana masih berstatus isteri orang. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa Fiza kini telah kembali solo dan kerana itu berani bertindak seperti itu.
Terdahulu, Fiza telah bernikah kali ketiga dengan seorang juruterbang bernama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aleena yang kini berusia 3 tahun.
Sebelum itu, Fiza mendirikan rumah tangga bersama Adam AF dan perkahwinan pertamanya bersama dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin.
Hasil perkongsian hidup dengan Farriq, mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq,12, dan Feeya Adyra Ahmed Farriq, 11 tahun.
Sumber Beautifulnara

Post a Comment