KECOH, selepas tersebar foto penyanyi Elizabeth Tan memakai gaun pengantin di laman sosial, kali ini bapanya iaitu David Tan Suan Chew berkongsi foto dipercayai upacara perkahwinan anak perempuannya itu.

Menerusi laman Facebook, David memuat naik sekeping foto memperlihatkan penyanyi lagu Semua Sudah itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Dalam hantaran tersebut, David turut menulis kapsyen memaklumkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 28, merupakan anak perempuan terakhirnya.

"Anak perempuan terakhir saya, Elizabeth," tulisnya.
Meskipun tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis perkahwinan yang telah berlangsung, namun tindakan Elizabeth memegang tangan lelaki berkenaan sekaligus menguatkan spekulasi pasangan itu kini sudah bergelar suami isteri.

Rata-rata netizen terkejut dan tidak menyangka penyanyi cantik itu kini sudah menjadi milik orang.
Malah ramai juga yang meluahkan rasa kecewa dan patah hati apabila penyanyi pujaan mereka sudah bergelar isteri orang.

Pada Januari lalu, nama Elizabeth Tan menjadi topik bualan dalam kalangan warganet di laman sosial selepas seorang pengguna Twitter, memuat naik dua keping foto Elizabeth dengan busana pengantin.

Bagaimanapun, Elizabeth menjelaskan foto itu hanya untuk tujuan muzik video lagu baharunya berjudul Beku.

Sumber Mstar

Post a Comment

Previous Post Next Post