Stephen J. Cloobeck, seorang jutawan di Las Vegas menuduh Stefanie Gurzanski secara diam-diam mengambil gambar bogel di rumah agam dan jetnya untuk dipamer di OnlyFans.

Dia mendakwa, Stefanie menampung hidupnya dengan menjual pornografi di laman langganan OnlyFans, menggunakan gaya hidup mewahnya dengan menjual x-rated foto.
Aduan tersebut menyatakan:

Dalam salah satu penghinaan, seperti contoh pencerobohan dan berkelakuan yang tidak sopan, tidak menghormati dalam kehidupan peribadi Cloobeck. Stefanie Gurzanski juga tidak berpakian hanya memakai yarmulke dan pose di bar Mitzvah anaknya.
Saman itu dengan alasan bahawa gambar bogel itu berisiko mengundang pencuri ke rumah agam milik Cloobeck.

Sebilangan besar gambar OnlyFans dan media sosial yang diterbitkan oleh Gurzanski memaparkan kelengkapan, perabot, dan barang-barang mewah Cloobeck.
Stefanie 'posing' di bilik mandi jet milik Cloobeck, suite peribadi rumah agam Cloobeck di MGM Grand di Las Vegas, bilik tidurnya, di atas kapal pesiar yang disewanya, dan di tempat lain di mana dia sahaja yang dapat untuk mengambil foto untuk sosial media Onlyfans miliknya.

Kadang-kadang, dia juga dalam diam-diam mengambil gambar bogel walaupun waktu itu anak remaja perempuan dan kakitangan Cloobeck berada di rumah.
Cloobeck berpendapat bahawa gambar-gambar pornografi itu dengan jelas menunjukkan aser dan hartanya, oleh itu tindakan itu boleh menyebabkan pencerobohan privasi, dan telah menyebabkan 'kerosakan' yang tidak dapat diperbaiki terhadap reputasinya sebagai ahli perniagaan dan orang politik. 

Post a Comment

Previous Post Next Post