"AJAL maut, jodoh pertemuan… semuanya di tangan tuhan."

Kata-kata inilah yang menjadi pegangan seorang gadis cantik yang mana dia reda hubungan selama sembilan tahun bersama kekasih hatinya berakhir begitu sahaja.

Dakwa Nurul Nazira Mohd Ridzuan atau lebih mesra disapa Zize, dia juga terkejut menerima berita mengenai lelaki itu yang baru melangsungkan perkahwinan pada Jumaat lalu.

“Saya dengan dia dah rancang untuk kahwin. Tapi nak buat macam mana, tiada jodoh. Kami berpisah pada Februari lalu. Masa tu kami sekadar senyap dan bawa haluan masing-masing."

“Saya memang tak tahu apa-apa. Tiba-tiba kawan maklumkan dia sudah kahwin. Saya reda dan cuba bersangka baik, mungkin tuhan nak bagi yang terbaik."

“Sebab sudah sembilan tahun, memang terlampau sayang. Tak ada istilah nak main-main, betul-betul fokus nak ke pelamin."

Zizie sudah sembilan tahun berkenalan dengan jejaka itu sebelum hubungan putus pada Februari lalu.

“Tipulah kalau kata tak sedih. Cuma saya nak cari kekuatan diri balik. Kita sedaya upaya nak dekatkan pun, tetap tak boleh lawan perancangan Tuhan,”katanya kepada mStar.
Menurut model sambilan berusia 20-an dari Tumpat, Kelantan itu, dia juga tidak menyangka video tersebut kisah duka itu yang dikongsi akan meraih sehingga lebih 200,000 tontonan.

Dalam video tular itu, ia memaparkan Zizie yang sedang memukul punching bag sehingga terduduk, seolah-olah sedang melepaskan segala rasa yang terbuku didalam jiwa.

“Saya cuma nak pesan, kalau kenal seseorang, tolong jangan terlalu berharap”…

Dalam video sama, Zizie turut membakar beberapa objek yang menjadi kenangan antara mereka seperti anak patung beruang dan kad ucapan cinta.

“Sebenarnya punching bag tu dekat rumah saya. Dan ia juga bukanlah video baharu. Cuma bila berlaku macam ni, saya gabungkan semua video-video yang ada untuk dikongsi di akaun TikTok."

“Biasanya sebelum ini saya guna punching bag untuk lepaskan rasa yang terbuku. Lain orang lain caranya. Pada saya, bila pukul tu, saya rasa seolah-olah dah buang semua masalah." 

“Bila dah pukul punching bag, rasa jatuh beban… rasa ringan. Ada video lama, ada video baru dan saya gabungkan semua jadi satu video." 

“Ada beberapa barang kenangan tu, saya ba,kar. Sebab dia pun dah kahwin, dah jadi milik orang… barang-barang kenangan yang berkait, saya bakar." 

“Video tu juga nak tunjuk perjalanan bagaimana saya gembira pada awalnya, kemudian sedih dengan 1001 masalah dan saya bangkit semula,” katanya lagi.

Kata Zizie, ia sekadar simbolik untuk melengkapkan janji yang sudah dilafaz, biarpun sekadar dirinya ‘bersanding’ sendirian.

“Sebab saya tahu dia akan jadi suami orang, jadi saya nak tepati janji yang kami bina untuk kahwin sama-sama."

“Lepas dapat tahu, saya usaha juga pakai baju kahwin seorang diri untuk tepati janji kami dulu." 

“Walaupun tahu dia bukan suami saya, saya tetap teruskan juga shoot gambar kahwin, biarpun saya berseorangan tanpa pasangan,” luahnya.

“Allah uji sebab sayang. Kalau Allah tak uji, itu saya jadi takut. Sekarang saya nak buktikan yang saya boleh bangkit."

“Tiada siapa yang boleh tolong melainkan diri kita sendiri. Saya cuma nak pesan, kalau kenal seseorang, tolong jangan terlalu berharap, nanti kita sendiri yang akan kecewa" 

“Jangan kenal lama-lama sebab kita tak tahu apa akan berlaku pada masa depan. Kalau serius, kahwin terus. Hati orang mudah berbolak-balik,” ujarnya lagi – mStar Online


Post a Comment

Previous Post Next Post