Menerusi satu program temubual, pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui lebih memandang pada harta benda berbanding paras rupa apabila memilih pasangan.

Ain berpendapat dalam situasi pandemik sekarang, sangat penting untuk seseorang wanita memilih bakal suami yang mempunyai kewangan yang kukuh dalam masa sama untuk jaminan masa depan.
“Dulu-dulu rancang selepas kahwin nak jadi suri rumah je sebab mak saya suri rumah. Jadi mindset dah tetapkan nak cari suami kaya. Kemudian bila bercinta tak jadi, buat saya masuk dalam industri seni tanah air untuk cari duit sendiri.

“Contoh sekarang dengan tempok Perintah Kawalan Pergerakan (P.K.P), mengndung lagi… Saya bila mengandung memang tak ambil kerja. Jadi kalau suami sendiri tak kukuh dari segi kewangan, saya pun tak tahu nak survive macam mana,” ujarnya.

Ada segelintir netizen membandingkan rupa parasnya dan suami, Ain mengakui suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa pernah terasa hati.

“Saya hanya pesan kat dia, biasalah netizen ni mulut diorang main cakap je. Kita tak tahu muka diorang macam mana. Yang menaip tu, muka dia macam mana.

“Yang paling penting, saya bukan jenis tengok rupa. Muka handsome tak boleh beli Ferrari pun. Sebagai perempuan, lelaki yang ada kewangan yang kukuh sangat penting. Saya rasa harta tu kira satu bonus,” katanya.

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan bertunang – Rotikaya.com

Post a Comment

Previous Post Next Post