Tetapi semuanya terjawab ketika cacing pita itu telah dikeluarkan dari duburnya. Lebih mengejutkan sekarang, panjang cacing pita I tu telah mencapai 59 kaki, yang paling lama dicatatkan di negara ini dalam 50 tahun.
Pada mulanya, lelaki berusia 67 tahun itu dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Doktor kemudian mengambil sampel najisnya untuk dianalisis.
Hasilnya kemudian menunjukkan bahawa cacing itu mengandung 28 larva yang menular, dan doktor percaya bahawa daging sapi yang tidak dimasak adalah penyebabnya. Doktor kemudian memberikan ubat tersebut kepada pesakit. Sehari setelah mengambil ubat itu, cacing itu keluar dari duburnya.
Menerusi beberapa keping gambar diambil di Pusat Penyelidikan Penyakit Parasit, dapat dilihat pegawai meletakkan cacing itu di atas plastik untuk menunjukkan ukuran sebenarnya.
Menurut Dr Schawanya Rattanapitoon yang juga ketua bagi pasukan itu, dia mendedahkan perkara ini berpunca dari tabiat memakan daging mentah.
"Keadaan ini disebabkan oleh tabiat memakan daging lembu mentah. Parasit ini dapat hidup dalam badan manusia selama lebih 30 tahun,
“Namun pada masa kini, ia tidak bertahan lama kerana kita telah ada ubat-ubatannya,” katanya.
Sumber Mstar
Post a Comment