Hannah Selisha yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, timbul dakwaan ibu kepada Hannah Delisha sebenarnya tidak merestui perkahwinan yang dibina anak dan suami, Imam Shah. Dakwaan ini mula diperkatakan apabila ibu, yang dikenali sebagai @kakcikwujudku, memuat naik kata-kata puitis dengan tanda pagar #IbuTidakRestu.

Di Instagram, ibu kepada Imam Shah, Mariana Yati menitipkan doa semoga pasangan pengantin baru itu sentiasa bersabar. Dia juga mendoakan hubungan yang dibina kekal ke syurga. Sebagai ibu, dia tidak putus-putus mendoakan yang terbaik.
"SubhanAllah. Allah menentukan segalaNya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke Syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim. Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku. #imampadahannah"
Di hantaran lain, pelakon veteran Singapura ini dilihat memuat naik gambarnya di samping anak dan menantu dengan kapsyen ‘Syurga-Mu merestuimu, anakku.’

Sumber Beautifulnara 

Post a Comment

Previous Post Next Post