Pasti ramai yang berasa bingung dengan pelbagai kisah keluarga dan pernikahan Hannah Delisha yang dipaparkan di dada-dada akhbar sejak beberapa hari ini.
Semuanya bermula apabila ibu pelakon itu, Noor Ashikin dikatakan tidak merestui perkahwinan tersebut selain terdapat dakwaan mengatakan yang Hannah dan Imam Shah sebenarnya sudah disatukan sejak setahun yang lalu.
Dalam pada itu, kenyataan ibu mentua Hannah, Mariana Yati yang mengatakan bahawa menantu kesayangan itu memang sudah lama mempunyai kemelut dengan ibu kandungnya membuatkan semakin banyak persoalan yang timbul.
Meskipun lebih selesa berdiam diri, Hannah kini telah membuka mulut bagi menjelaskan posisi di pihaknya mengenai cerita yang berterbangan kini mengenai masalah keluarganya.
Meskipun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu yang dilaluinya kini, Hannah berharap agar semua memberikan ruang untuk dia menghadapinya secara senyap.
Semoga Hannah dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Sumber Beautifulnara
Post a Comment