Pembunuh kejam seorang psychopath Hanafi Chaah 43 tahun, meninggalkan mesej yang mengerikan di Facebooknya sebelum menembak, memasukkan mayat dalam tong air dan kemudian menanam isterinya sendiri dengan menggunakan jengkaut di dalam lubang sedalam dua meter.
Pembunuh Psychopath ini seolah2 telah merancang pembunuhan istwri seawal Ogos 2020 menerusi hantaran2 di Facebook miliknya yang menyebabkan bulu roma kita berdiri.
Masalah rumahtangga menjadi punca Hanafi Chaah membunuh isterinya sebelum mayat wanita itu ditanam di dalam ladang serai , Bandar Penawar, Kota Tinggi pada 1 Mac lalu.
Isteri beliau Hasliza Alias, 38 tahun, lulusan Diploma IT, KPTM dan bekerja sebagai kerani di syarikat swasta ditembak dengan senapang angin di kepala. Hanafi Chaah dengan bantuan seorang rakan subahat kemudiannya memandu Pajero 4WD ke Ladang Serai miliknya dan kemudian menimbus mayat isterinya di dalam ladang tersebut.
Apakah dosa Hasliza Alias kepada suaminya sehingga menerima nasib yang sebegitu kejam? Hasliza Alias yang ditembak sewaktu tidor pada jam 2 pagi dipercayai telah meminta cerai dari suaminya. Apakah motifnya cemburu buta? Pasangan ini mempunyai dua anak kecil berumur 4 dan 3 tahun selain dari Hanafi Chaah yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berumur 15 tahun dari bekas isteri pertama. Beliau merekodkan pernah menghadiah sebuah motosikal pada anak lelakinya untuk memudahkan anaknya ke sekolah.
Hanafi pernah menaikkan status pernikahan online pada 11 Fenduari lalu. Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian kerana polis menemui surat fasakh di dalam rumah mereka.
Hantaran2 di FB isteri menunjukkan pasangan ini sangat bahagia, tetapi hantaran di FB Hanafi Chaah pula menunjukkan rumahtangga mereka seumpama sedang dilanda ribut yang membadai tanpa henti.
Hanafi adalah seorang pemandu jengkaut dan bergaji tetap sebanyak RM200 sehari. Beliau juga ahli sukarelawan bomba walaupun ada beberapa rekod jenayah melibatkan penggunaan senapang angin. Duit bukanlah motif pembunuhan. Hanafi Chaah juga dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerasan dan Abang Kawasan yang digeruni di Chaah.
Selepas membunuh dan menanam isterinya, Hanafi kemudian memberitahu jiran2nya Hasliza telah lari dari rumah. Sebelum kejadian, pasangan tersebut dipercayai bertengkar sehingga disengari oleh jiran-jiran di rumah mereka di Taman Seri Saujana.
Siasatan polis dibuat berikutan report dari jiran yang terdengar tembakan dan mengesyaki sesuatu telah berlaku pada Hasliza Alias pada jam 2 pagi 1 Mac 2021. Walaupun si suami mengatakan isterinya telah melarikan diri.
Seorang jiran ynag enggan dikenali memberitahu dia terdengar pasangan itu bertengkar pada malam Ahad lalu. Ahad, Hasliza Alias dikatakan hilang sebelum jiran ternampak Hanafi membawa tong air berwarna biru pada pukul 4.30 pagi hari yang sama mangsa dikatakan hilang.
Kalau dilihat dari kemesraan mereka di Facebook memang tidak menjangka bahawa inilah pengakhiran kejam seorang isteri yang setia dan baik budi.
Hantaran2 di FB si pembunuh juga menudoh isterinya sebagai tidak pandai memasak dan menjaga suami.
Siasatan selama 3 hari 3 malam akhirnya membuahkan hasi. Hanafi Chaah yang dikhianati oleh rakan subahatnya akhirnya membawa polis ke ladang Serai tempat mayat isterinya yang dibunuh dengan kejam. Hanafi kemudian menunjukkan Polis lokasi mayat mangsa di tanam pada pagi 10.30 pagi Jumaat.
Motif pembunuhan dipercayai kerana cemburu.
Kes akhirnya selesai. Alfatehah buat Allahyarhamah Hasliza Alias yang hanya mengimpikan kebahagiaan buat beliau dan anak2nya. Kebahagiaanya dan masa depan anak2nya yang masih kecil musnah sekelip mata.
Polis merampas senapang angin, senapang patah, 54 butir peluru penabur, Mitsubishi Pajero dan Sebuah Jengkaut. Siasatan awal mendapati Hanafi tidak mempunyai permit dan lesen menggunakan senjata api. Kedua2 suspek direman 6 hari, dan kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan serta 36 akta Senjata Api 1960.
Sementara itu keluarga Hasliza Alias tidak dapat mengenali mayat Hasliza kerana dikatakan telah hampir reput setelah hampir 6 hari ditanam. Polis akan menggunakan kaedah DNA untuk mengenalpasti mayat.
*Sedekahkan doa Al-Fatihah buat arwah*
Sumber Laporan: Abdullah Pak Lah MY
Post a Comment