Setelah menerima banyak aduan daripada para artis mengenai perlunya menjalani banyak ujian swab test pada setiap projek, Persatuan Seniman Melayu (Seniman) meminta kerajaan mempertimbangkan untuk memvaksinasi artis seni lebih awal melalui laporan mStar.

Menurut presiden persatuan itu, Zed Zaidi, kerajaan juga harus merebut peluang untuk "menggunakan" pengaruh besar yang dimiliki oleh selebriti untuk meningkatkan kesedaran mengenai vaksin COVID-19.

“Kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama di sini. Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi COVID-19 melalui media sosial para selebriti tersebut. Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah.” - Zed Zaidi

Bahkan Zed Zaidi sempat menggunakan contoh negara luar seperti Indonesia yang menggunakan para selebriti di negara mereka untuk memberikan kesedaran kepentingan vaksin tersebut kepada serata rakyat.

“Kita ambil contoh paling dekat, seperti di Indonesia, mereka melantik selebriti sebagai ikon dan individu yang terawal untuk terima vaksin. Ia dilakukan agar dapat meyakinkan rakyat mereka bahawa vaksin itu selamat selain dapat menolak gerakan anti vaksin yang turut dilaungkan beberapa selebriti sebelum ini.”

“Kalau dah dapat vaksin, tak perlulah mereka banyak kali buat swab test setiap kali dapat offer kerja. Dari situ dah dapat jimat kos… ingat tak sakit hidung kena cucuk banyak kali?” - Zed Zaidi

Pada masa yang sama, Zed Zaidi mengatakan bahawa Seniman akan mensasarkan 100 anak seni sebagai perantis utama untuk program Survival Pandemik Anak Seni dengan kerjasama produk kesihatan VML.

Katanya, ia adalah antara usaha Seniman dalam memberikan bantuan kepada anak seni yang terjejas dari sudut pendapatan dalam kelangsungan hidup melalui perniagaan. 

Sumber mstar

Post a Comment

Previous Post Next Post