Menurut laporan di Harian Metro, jururawat itu melakukan prosedur untuk memeriksa kadar gula darah pesakit berusia 55 tahun. Selepas itu, pesakit tua itu memegang jari tangan jururawat dan mengusapnya sambil mengucapkan kata-kata tidak senonoh.
Jururawat itu kurang senang dengan tindakan pesakit itu lalu menarik tangannya dengan kuat supaya pesakit itu dapat melepaskannya sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis menerusi panggilan.
"Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 11.30 pagi, Isnin lalu ketika jururawat wanita berusia 24 tahun melakukan prosedur pemeriksaan paras gula dalam darah pesakit itu.
"Selepas mangsa selesai, jarinya dipegang dan diusap oleh pesakit yang turut mengeluarkan perkataan jelik.
"Mangsa menarik kuat tangannya untuk dilepaskan dan melaporkan kejadian kepada polis," kata ketua polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengatakan yang suspek akan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret hari ini.
Kredit: Harian Metro
Post a Comment