Mila Maxanets yang baru berusia lapan tahun telah berpindah keluar dari rumah keluarga dan tinggal bersama pasangannya Pavel Pai yang berusia 13 tahun.
Tindakan ibu bapa mereka yang membiarkan kes itu berlaku menjadi perbualan para warganet di media sosial kerana mereka dilaporkan menjadikan kes kerana kedua-dua anaknya mempunyai banyak pengikut di media sosial.
Menerusi maklumat dari sumber yang pelbagai, pengguna internet meminta pihak berkuasa untuk campur tangan dalam kes ini, kerana ibu bapa mereka juga mendorong anak-anak mereka untuk melakukan tindakan yang tidak betul pada usia bawah umur.
Daily Star menambah, ibu bapa mereka mendorong 'perkahwinan' itu kerana dapat menjana pendapatan dari media sosial kerana kandungan media sosialnya. Seorang peguam dan juga ahli kriminologi, Anna Malyar berpendapat bahawa ibu bapa kanak-kanak itu cuai dalam mendidik anak-anak.
Hal ini memandangkan pasangan cilik itu mempunyai ramai pengikut di media sosial dan boleh mempengaruhi remaja lain untuk terjerumus dalam kesalahan pedofil.
Sejauh ini, Instagram pasangan ini telah diikuti oleh ribuan pengikut dan mereka juga tidak malu untuk menunjukkan kemesraan mereka kepada orang ramai. Beberapa netizen tempatan menyatakan kebimbangan terhadap tindakan pasangan itu yang boleh memberi kesan buruk kepada remaja yang mengikuti mereka di laman sosial kerana mereka masih di bawah umur.
Sumber Daily Star
Post a Comment