Lebih menarik lagi apabila pelakon Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal juga merupakan salah seorang tetamu selebriti yang hadir pada malam tersebut.
Video viral itu dikatakan menjadi topik hangat di kalangan netizen di media sosial seperti Facebook dan Twitter. Rata-rata netizen yang melihatnya telah menyatakan rasa tidak puas hati dan ada juga yang mempersoalkan tindakan Aeril yang dilihat tidak memakai topeng muka semasa acara tersebut.
Bagaimanapun, pelakon terkenal dan usahawan Aeril Zafrel, 33, telah menafikan dakwaan bahawa dia tidak memakai topeng muka ketika dia berada di pameran fesyen jenama tempatan pada hari Rabu lalu.
Aeril berkata ketika video itu dibuat dia sedang duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak penganjur. Dengan enggan memanjangkan masalah ini, pemilik nama Suhairil Sunari meminta maaf secara terbuka di laman Twitternya.
"Sepanjang majlis saya pakai saja mask. Cuma waktu dah duduk tu saya buka sekejap. Tapi masa tu juga ada org rakam. Mintak maaf ya.
Saya salah. Banyak kali dah saya mintak maaf ni." ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon Tercipta Satu Ikatan itu turut meluahkan rasa bengang apabila ada netizen yang tergamak menggelarkannya sebagai anak b***.
Sumber Asal ohmedia
Post a Comment