Sebelum ini, kisah seorang wanita Syakila Norazma Amira Zuharsema yang mempunyai ketinggian 118 sentimeter menjadi tumpuan warganet di media sosial.
Mana tidaknya, si suami Muhammad Azri Zaidi dipuji ikhlas apabila sudi menerima kekurangan diri wanita berusia 27 tahun itu walaupun memiliki perbezaan ketinggian yang ketara antara satu sama lain.
Bagaimanapun, netizen menyifatkan pasangan itu sudah mula ‘over’ dan ‘merepek’ melalui beberapa perkongsian video di platform TikTok milik wanita berkenaan @buyahhh.
Jika dilihat menerusi koleksi video yang dimuat naik, pasti terdapat babak Syakila atau mesra dipanggil Yaya didukung oleh suaminya sehingga mengundang kecaman warganet.
Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir individu mendakwa pasangan tersebut seolah-olah sengaja mahu menunjuk kemewahan menerusi video yang berlatarbelakangkan rumah banglo dan kereta mewah.
Berikutan itu, rata-rata meluahkan rasa kurang senang terhadap pasangan berkenaan, namun tetap mendoakan agar mereka berdua kekal bahagia dalam menjalani kehidupan rumah tangga.
Sumber: TikTok @buyahhh

Post a Comment