Neelofa akhirnya tampil memberikan kenyataan rasmi berkaitan isu rentas negeri ke Langkawi bersama suaminya, Muhammad Haris pada minggu lepas.

Menurutnya, dia meminta ruang daripada orang ramai supaya dapat menyelesaikan sendiri hal tersebut dengan pihak berkuasa. Malah menjelaskan tidak semua maklumat perlu dikongsikan kepada umum.



"Sebenarnya setelah benda ini terjadi, kesan daripada netizen malah kita ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan. Dan terima kasih jugalah kepada anda semua yang memberi free marketing kepada saya dan memberi rezeki kepada saya.”

Selepas sahaja kenyataan ini tersebar di serata media sosial, nama ‘Neelofa’ turut menjadi kata kunci trending di laman Twitter. Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen yang menyelar kata-kata selebriti selain ada yang menyatakan bakal memboikot produk keluarannya.
SUMBER : Murai

Post a Comment

Previous Post Next Post